NAMA AHLI KUMPULAN :
NUR AMELA BINTI HAMIDI
MAS FATEN IFFAH BINTI MEHAT
MASTURAH BINTI KAHAR
FARAINA BINTI MD RONI
WAN AQMAL FATIRAH BINTI WAN ABD WAHID
TAJUK : AMALAN GOTONG-ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN - MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DIKALANGAN KAUM.
DEFINISI GOTONG-ROYONG :
Gotong royong adalah sebagai sesuatu sikap ataupun kegiatan yang dilakukan oleh anggota masyarakat secara kerjasama dan tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan mahupun masalah dengan sukarela. Sikap gotong royong ini telah melekat pada diri masyarakat dan merupakan kebiasaan turun temurun dari nenek moyang. Sikap gotong royong ini sangat penting sekali untuk memperlancarkan pembangunan yang berguna bagi kesejahteraan masyarakat.
Gotong-royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama secara sukarela. Amalan ini telah dipraktikan dan diwarisi sejak zaman berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan muda yang mengetahui maksud gotong-royong dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF:
- Untuk mengeratkan silaturahim diantara setiap kaumi di negara malaysia.
- Untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita tak kira bangsa, agama dan negara.
- Untuk mewujudkan nilai dan semangat positif antara kaum terutamanya untuk memastikan segala tugasan mampu dilakukan bersama-sama dengan berkesan.
PENGENALAN:
Gotong royong adalah aktiviti berkumpulan atau bersama-sama
secara sukarela. Amalan ini telah diprakltikan dan di warisi sejak zaman
berzaman. Tetapi amalan ini kian dilupakan oleh generasi alaf baru yang hanyut
dengan keseronokan dan keselesaan yang tiada batasan. Berapa peratus golongan
muda yang mengetahui maksud gotong royong
dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Aktiviti gotong royong ini sebenarnya dapat menjalinkan dan
memperkukuhkan semangat kejiranan. Kehidupan masyarakat sekarang kebanyakannya
bertunjangkan meterialistik dan individualistik sehingga tidak mempunyai masa
untuk mengenali dan berbual-bual dengan jiran masing-masing. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran-jiran
tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama akan bersama-sama menjalankan aktiviti
yang sama.
Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal
dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini,
tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa.
Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi
sarang pelbagai penyakit seperti aedes.
Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk
sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan
amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak
memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat
mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga
kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada
satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan
dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal .
Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum.
Perpaduan kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi
menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan
terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan
wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan
maju.
Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan kerana
kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. KEBERSIHAN ITU
SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang
islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah
s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya
menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.
1. Mengeratkan
perpaduan sesama kaum
masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.
Contohnya, mereka dapat berbincang dan bertukar-tukar pandangan. Sekiranya hal
ini dilakukan pastilah akan melahirkan keadaan yang aman. Benarlah amalan
gotong-royong boleh mengeratkan perpaduan ahli masyarakat.
2. Mempercepat
dan memudahkan sesuatu kerja
Hal ini demikian
kerana kerja yang dilakukan dapat dilakukan bersama-sama. Contohnya,
bergotong-royong menjayakan majlis perkahwinan. Sekiranya hal ini dilakukan
pastilah akan meringankan sesuatu kerja. Tepatlah bahawa amalan gotong-royong
membawa banyak kebaikan dan lebih memperkenalkan ada-adat contohnya adat melayu kepada kaum yang lain
3. Memperkukuh
semangat antara kaum
Hal ini demikian
kerana masyarakat dapat mengambil berat hal-hal kaum yang lain. Contohnya, kita
boleh menolong kaum lain yang menghadapi kesusahan. Sekiranya hal ini dilakukan
pastilah akan mengukuhkan hubungan antara kaum. Betullah bahawa amalan
gotong-royong memberikan banyak kebaikan.
4. Memupuk nilai
positif dalam diri kita.
Contohnya,
gotong-royong antara kaum di sekitar
kawasan perumahan dapat membersih dan menceriakan kawasan perumahan dan memupuk
nilai mencintai keindahan alam sekitar serta mementingkan kebersihan. Kesannya,
kita akan menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar,
masyarakat dan diri sendiri.
5. menghidupkan
semangat kejiranan.
Kesimpulannya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan
perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi
serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang
hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan
silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat
antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.
Saranan kami suapaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan
gotong-royong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu ibu
bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak
mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak
mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula disamping
tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan
tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran
melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar
menjalankan aktiviti gotong-royong. Disamping itu, masyarakat sekeliling
sentiasa perlu menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di
samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga
peranan media massa amat penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan
gotong-royong kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan.
Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini
jika sentiasa diutamakan.
Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan
yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk
hubungan silaturrahim antara kaum.Terutamanya program-program bagi
pelajar-pelajar yang masih di bangku sekolah lagi.Ini kerana amalan ini perlu
disemai sejak dari awal lagi supaya kesannya akan cepat terlihat suatu hari
kelak.
No comments:
Post a Comment